KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia dijangka menggunakan tenaga solar dalam operasinya menjelang Jun tahun depan sebagai usaha ke arah masa depan yang lebih mampan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata inisiatif itu selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan Jabatan Kerja Raya sedang menyelesaikan proses tender bagi projek itu.
"Kami mungkin Parlimen pertama di dunia yang menggunakan tenaga boleh baharu menjelang tahun depan ... jadi tiada lagi karbon. Sebaik sahaja anda melangkah masuk (ke bangunan Parlimen), anda akan menghirup udara segar, oksigen yang bagus," katanya ketika berucap pada Simposium Kewangan Lestari GoESG 2023 di sini hari ini.
Beliau berharap inisiatif itu akan menjadi isyarat kepada jabatan dan agensi kerajaan yang lain untuk menyertai usaha menggunakan tenaga boleh baharu kerana ia lebih murah dan mesra alam.
Sementara itu, Johari percaya penggubal dasar berpegang teguh dalam komitmen mereka terhadap pembangunan mampan dan inisiatif pembiayaan hijau.
"Usaha ini penting dalam memastikan tiada masyarakat yang tertinggal ketika kita beralih ke masa depan yang lebih mampan.
"Walaupun kita melangkah dengan positif, perjalanan di hadapan memerlukan bukan sekadar komitmen, tetapi juga tindakan dan kerjasama yang merentas semua sektor," katanya.
Di peringkat serantau, Johari berkata menangani keperluan mendesak untuk pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim di Asia Tenggara adalah penting.
Beliau berkata untuk menyamakan kedudukan, ekonomi ASEAN mesti terus memacu transformasi ekonomi ke arah menjadi rendah karbon dan berdaya tahan terhadap iklim supaya ia boleh berkembang maju dari segi sosioekonomi.
Dalam perkembangan lain, Johari yang juga ahli Majlis Pengakap Negara mengumumkan bahawa majlis itu akan menganjurkan acara makan malam amal pada 1 Dis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Matlamat majlis makan malam itu adalah untuk mengumpul dana bagi membolehkan program pengakap dianjurkan bagi manfaat komuniti serta mempersiapkan belia untuk pengenalan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata inisiatif itu selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dengan Jabatan Kerja Raya sedang menyelesaikan proses tender bagi projek itu. - Foto BERNAMA
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.